Sakit tumit memang menyakitkan. Biasanya ia disebabkan oleh terlampau banyak tekanan pada tumit atau tisu yang mengelilinginya. Tekanan ini disebabkan oleh kecederaan,bengkak akibat berjalan, berlari atau melompat, memakai kasut yang bukan saiz sebenar atau terlebih berat badan.Jika tidak dikawal, sakit tumit ini boleh membawa kepada masalah 'tendinitis', 'bursitis' dan 'fascitis'. Antara penyelesaian kepada sakit ini ialah dapatkan rehat yang mencukupi, ubat-ubatan, pakai kasut khas ataupun pembedahan.
Kehamilan di Usia Remaja
Pelbagai Jenis FOBIA
Fobia adalah salah satu daripada kelainan gangguan kecemasan. Fobia terbahagi kepada banyak jenis. 'Agophobia' misalnya adalah takut kepada ketinggian. Anda mungkin tidak kisah bermain ski di gunung yang paling tinggi tetapi tidak mampu berada di tingkat lima sebuah bangunan. 'Agophobia' pula adalah takut untuk berada di tempat awam dan 'Claustrophobia' pula ialah takut berada di tempat yang tertutup. Jika anda mudah gusar berada di tempat awam yang sering anda lalui setiap hari, ia dinamakan 'Social Phobia'. Antara tempat yang boleh mewujudkan fobia ialah terowong, memandu di lebuhraya, air, penerbangan, binatang dan darah.
Tangani Saat KECEMASAN Dengan Tenang
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Ada yang tercekik tulang atau disengat serangga berbisa. Anda harus mengingati talian kecemasan. Sewaktu menunggu bantuan datang, penting untuk anda memberikan bantuan kecemasan kerana bantuan yang kecil mampu menyelamatkan nyawa mangsa. 'Cardiopulmonary resuscitation' (CPR) perlu diberikan kepada mangsa yang mengalami masalah jantung atau nafas terhenti. Untuk menghentikan luka misalnya, anda boleh membantu dengan mencuci luka itu dengan air sejuk. Jika pendarahan tidak berhenti, tekapkan kapas di bahagian tersebut dan lapikkan dengan kapas yang lain.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan