Selasa, 5 November 2013

STYLE

Jenis-Jenis Rambut

1) RAMBUT LURUS 

bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL 

kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT KERINTING NEGRO 

bijak, ego, cemburu buta, romantic, memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) RAMBUT IKAL MAYANG

bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) RAMBUT HALUS/LEMBUT

bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.


6) RAMBUT SIKIT

bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
7) RAMBUT PERANG

kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) RAMBUT TEBAL

bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang.

9) RAMBUT KUSUT  

sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.
p/s: malas sikat rambut

10) RAMBUT BERUBAN  

kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

11)TIADA RAMBUT
xtau nak ckp apa……kesian
*hanya rekaan semata2..hehe

Ketawa

Cerita 1

Wanita Dengan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Apabila tiba di situ, =
Wanita : Saya tengok encik ni ceria je! Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?
Lelaki Tua : Takde rahsia ape pn. cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, ambil makanan berlemak, makanan segera dan tidak pernah sekali pun bersenam.
Wanita : Wah! Hebatnya encik. Berapa usia encik sekarang?
Lelaki Tua : 24 tahun.

Cerita 2 

Kuda Makan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan seorang pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : Lukisan apa yang kau buat ni, Husin , kosong je?
Husin : Kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu : Rumputnya mana?
Husin : Sudah habis dimakan kuda, cikgu!
Cikgu : Habis tu, kudanya mana?
Husin : Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu kat situ lagi!

Info Kesihatan

Sakit Tumit
Sakit tumit memang menyakitkan. Biasanya ia disebabkan oleh terlampau banyak tekanan pada tumit atau tisu yang mengelilinginya. Tekanan ini disebabkan oleh kecederaan,bengkak akibat berjalan, berlari atau melompat, memakai kasut yang bukan saiz sebenar atau terlebih berat badan.Jika tidak dikawal, sakit tumit ini boleh membawa kepada masalah 'tendinitis', 'bursitis' dan 'fascitis'. Antara penyelesaian kepada sakit ini ialah dapatkan rehat yang mencukupi, ubat-ubatan, pakai kasut khas ataupun pembedahan.

Kehamilan di Usia Remaja

Wanita remaja yang hamil boleh menyebabkan risiko tinggi pada dirinya dan juga bayi yang dikandung. Biasanya remaja itu tidak mendapat penjagaan yang wajar pada awal kehamilannya. Dengan itu, dia berkemungkinan diserang tekanan darah tinggi dan pelbagai komplikasi lain sewaktu hamil. Bayi juga mungkin dilahir pramatang atau kurang berat badan. Jika anda hamil dalam usia awal, pastikan anda mengambil vitamin yang mencukupi, tidak merokok, tidak meminum alkohol, dan mengambil dadah.

Pelbagai Jenis FOBIA
Fobia adalah salah satu daripada kelainan gangguan kecemasan. Fobia terbahagi kepada banyak jenis. 'Agophobia' misalnya adalah takut kepada ketinggian. Anda mungkin tidak kisah bermain ski di gunung yang paling tinggi tetapi tidak mampu berada di tingkat lima sebuah bangunan. 'Agophobia' pula adalah takut untuk berada di tempat awam dan 'Claustrophobia' pula ialah takut berada di tempat yang tertutup. Jika anda mudah gusar berada di tempat awam yang sering anda lalui setiap hari, ia dinamakan 'Social Phobia'. Antara tempat yang boleh mewujudkan fobia ialah terowong, memandu di lebuhraya, air, penerbangan, binatang dan darah.

Tangani Saat KECEMASAN Dengan Tenang
Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Ada yang tercekik tulang atau disengat serangga berbisa. Anda harus mengingati talian kecemasan. Sewaktu menunggu bantuan datang, penting untuk anda memberikan bantuan kecemasan kerana bantuan yang kecil mampu menyelamatkan nyawa mangsa. 'Cardiopulmonary resuscitation' (CPR) perlu diberikan kepada mangsa yang mengalami masalah jantung atau nafas terhenti. Untuk menghentikan luka misalnya, anda boleh membantu dengan mencuci luka itu dengan air sejuk. Jika pendarahan tidak berhenti, tekapkan kapas di bahagian tersebut dan lapikkan dengan kapas yang lain.

Info Kesihatan

ALKOHOLISME

Hampir 17.6 juta orang dewasa di Amerika Syarikat mempunyai masalah ketagihan alkohol. Masalah ketagihan ini lazimnya menggambarkan empat perkara iaitu rasa keinginan yang melampau untuk minum, hilang kawalan dan sukar untuk berhenti apabila anda mula minum, kelainan pada fizikal dan mudah pening, berpeluh dan menggigil.selepas berhenti minum dan akhir sekali anda mampu bertindak agresif selepas anda minum.Tahukah anda, minuman yang berlebihan boleh menyebabkan sesetengah jenis kanser? Ia menyebabkan kerosakan pada hati, otak dan organ.

MASALAH HAID Yang Perlukan Bantuan

Anda perlu berjumpa dengan doktor jika

  • Anda tidak didatangi haid walaupun sudah berusia lebih 16 tahun.
  • Haid anda tiba-tiba berhenti
  • Haid anda datang dengan banyak dan melebihi tempoh haid yang normal.
  • Anda tiba-tiba merasa sakit selepas menggunakan tampon
  • Anda mengalami pendarahan di antara waktu haid
  • Anda merasa sakit sewaktu haid

Bagaimana Mengendalikan HIV?

Jika anda dijangkiti HIV, ada banyak yang boleh dibuat untuk memastikan anda dapat memanjangkan jangka hayat. Satu yang paling penting ialah mengamalkan ubat-ubatan yang betul. Pastkan doktor pakar yang menjaga anda tahu untuk mengendalikan jangkitan HIV yabg anda alami. Mungkin juga idea untuk menyertai kumpulan sokongan adalah idea yang baik. Makanlah makanan yang berkhasiat dan bersenamlah dengan konsisten.

ASMA di Kalangan Kanak-Kanak Yang Bersekolah

Kanak-kanak  yang mengalami asma memerlukan sokongan yang padu daripada pihak sekolah. Antara sokongan yang diperlukan ialah kawalan untuk melakukan aktiviti sekolah dan kawalan terhadap serangan asma yang mungkin boleh menyerang bila-bila masa. Sebagai ibu bapa, beritahu pihak sekolah apakah pelan tindakan yang perlu mereka buat sekiranya asama menyerang anak anda. Anak anda perlu dibenarkan untuk mengambil ubat asma apabila tiba masanya dan pihak sekolah mestilah menyimpan ubat-ubatan yang diperlukan oleh kanak-kanak agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk.

Isnin, 4 November 2013

The Best Gwiyomi Part 1 and 2 versi Kpop

Part 1

Part 2

Semoga Enjoy!!

Mr.Bean Profile

Siapa Peminat Mr.Bean..?


Kebetulan kelmarin Tv3 siar cerita dia..
nk research tntang dia cikit laa
ni dia Biodata Mr.Bean

Nama Penuh : Rowan Sebastian Atkinson
Tarikh Lahir : 6 Januari 1955
Tempat Lahir : Consett, Country Durham
Nama Isterinya : Sunetra Sastry
Pendidikan : Durham Choristers School, St. Bees School,dan mempelajari teknik elektro di Newcastle University

Gelaran : M.Sc dari Queens College, Oxford

Beliau juga pernah menjadi model dalam Fujifilm, Barclay Card. yang pasti iklan yg lama2 dlu tu..
Beliau juga pernah berlakon dalam Scooby Doo sebagai watak jahat..

Antara Filem2 nya






Isnin, 15 Julai 2013

College




Saya student dari Cosmopoint Sg. Petani..
Bwu je blajar sni..hehe..n ambik Kos Secretary..maklum lah mnat jdi setiausaha la ktakan :)
teringin plak nk uat blog..utk sje2..hihi
jgn mrah..