ALKOHOLISME
Hampir 17.6 juta orang dewasa di Amerika Syarikat mempunyai masalah ketagihan alkohol. Masalah ketagihan ini lazimnya menggambarkan empat perkara iaitu rasa keinginan yang melampau untuk minum, hilang kawalan dan sukar untuk berhenti apabila anda mula minum, kelainan pada fizikal dan mudah pening, berpeluh dan menggigil.selepas berhenti minum dan akhir sekali anda mampu bertindak agresif selepas anda minum.Tahukah anda, minuman yang berlebihan boleh menyebabkan sesetengah jenis kanser? Ia menyebabkan kerosakan pada hati, otak dan organ.MASALAH HAID Yang Perlukan Bantuan
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika- Anda tidak didatangi haid walaupun sudah berusia lebih 16 tahun.
- Haid anda tiba-tiba berhenti
- Haid anda datang dengan banyak dan melebihi tempoh haid yang normal.
- Anda tiba-tiba merasa sakit selepas menggunakan tampon
- Anda mengalami pendarahan di antara waktu haid
- Anda merasa sakit sewaktu haid
Bagaimana Mengendalikan HIV?
Jika anda dijangkiti HIV, ada banyak yang boleh dibuat untuk memastikan anda dapat memanjangkan jangka hayat. Satu yang paling penting ialah mengamalkan ubat-ubatan yang betul. Pastkan doktor pakar yang menjaga anda tahu untuk mengendalikan jangkitan HIV yabg anda alami. Mungkin juga idea untuk menyertai kumpulan sokongan adalah idea yang baik. Makanlah makanan yang berkhasiat dan bersenamlah dengan konsisten.ASMA di Kalangan Kanak-Kanak Yang Bersekolah
Kanak-kanak yang mengalami asma memerlukan sokongan yang padu daripada pihak sekolah. Antara sokongan yang diperlukan ialah kawalan untuk melakukan aktiviti sekolah dan kawalan terhadap serangan asma yang mungkin boleh menyerang bila-bila masa. Sebagai ibu bapa, beritahu pihak sekolah apakah pelan tindakan yang perlu mereka buat sekiranya asama menyerang anak anda. Anak anda perlu dibenarkan untuk mengambil ubat asma apabila tiba masanya dan pihak sekolah mestilah menyimpan ubat-ubatan yang diperlukan oleh kanak-kanak agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan